Ahad, 30 Oktober 2011

Latar Tempat Jeriji Kasih

Latar Tempat
1.  Paya
Tempat Anuariza mengutip buah asam kelubi untuk dijual kepada Ah Chong,peraih di kampung itu sering membelu hasil titik peluhnya dengan harga yang tinggi.(M/s 2)

2.  Pancur
Tempat emak Anuariza berada dan tempat ini digunakan untuk mandi dan membersihkan pakaian di belakang rumah mereka. Di situ digali sebuah perigi bagi menakung air jernih dari mata air yang mengalir dari kawasan perbuktitan rendah tidak jauh dari situ.(M/s 3)

3.  Dapur
Tempat Anuariza makan hidangan pagi iaitu seketul ubi rebus dan ikan pekasam walaupun seleranya pagi itu tiada teringatkan buah asam kelubi.(M/s 4)

4.  Rumah Anuariza
Tempat Nek Siah memberitahu dia datang dari rumahnya kepada Anuariza.(M/s 6)

5.  Changkat
Tempat terdapatnya buah ketiau dan buah perah.(M/s 14)

Latar Masa Jeriji Kasih

Latar Masa

1.  Malam tadi
Masa yang dinyatakan oleh Anuariza mengenai hujan yang meledak sepanjang malam yang menghalangnya meredah belukar itu kembali.(M/s 2)

2.  Pagi semalam
Masa yang dinyatakan oleh Anuariza kepada Azuera berkenaan buah asam kelubi yang sudah dikutipnya dan sayang kalau tidak diambilnya hari itu.(M/s 3)

3.  Hari ini
Ketika Anuariza memujuk adiknya,Azuera supaya bersetuju dengan pemergiannya untuk mengutip buah asam kelubi dengan mengatakan buah itu banyak dan mereka akan mendapat puluhan ringgit.(M/s 3)

4.  Pagi
Masa Anuariza tidak berselera untuk makan pagi.Ketika itu,dia asyik teringatkan asam kelubinya sudah semalaman terbiar di dalam hutan dan dia takut kalau-kalau buah itu akan hanyut kerana hujan turun malam tadi.(M/s 4)

5.  Esok
Masa yang dicadangkan oleh Nek Siah kepada Anuariza untuk menoreh getah keesokan hari yang baginya pokok-pokok getah itu masih elok lagi.(M/s 6)

6.  Setiap pagi
Masa Anuariza menoreh getah yang hasilnya hanya bergantung kepada getah yang ditoreh kerana harga getah yagn tidak menentu,ditambah pula dengan iklim yang juga sukar diramal.(M/s 9)

7.  Selepas subuh
Masa yang ditetapkan oleh Anuariza kepada Syed Mustafa untuk mengambil buah asam kelubi pada keesokan hati.(M/s 17)

8.  Minggu kedua selepas cuti
Masa semua murid Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Muzaffar Syah,Lambor Kanan bersemangat baru untuk ke sekolah.(M/s 47)

Watak Dan Perwatakan Jeriji Kasih

Anuariza
  • Merupakan angkat kepada Zaleha dan abang angkat kepada Azuera. Anuariza merupakan lepasan STPM.
  • Anuariza juga digambarkan sebagai seorang pemuda yang cacat.

Perwatakan :
 1.  Seorang yang pintar
  • Anuariza pernah ditawarkan belajar di sekolah berasrama penuh namum terpaksa ditolak kerana kesempitan hidup yang dihadapinya. Namum,semua itu tidak mematahkan semangatnya namum dia tetap juga cemerlang di sekolahnya di kampung. Hal ini juga dapat membuktikan bahawa Anuariza berjaya memperoleh 6A dalam STPM.

2.  Seorang yang prihatin
  • Dia tidak mahu adiknya Azuera terganggu dengan perbincangannya mengenai masalah Syed Fariz. Dia tidak mahu penumpuan adiknya terganggu. Walaupun dia tidak kisah dengan masa dan tempat untuk mengulangkaji pelajaran. Namum,dia tetap akan sentiasa memastikan adiknya belajar dalam keadaan yang selesa.
  • Selain itu keprihatinan Anuariza dilihat ketika Anuariza begitu bimbang dengan masalah yang dicetuskan oleh Syed Fariz.Dia menganggap Syarifah Farisya dan Syed Fariz macam adiknya sendiri dan menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dan menyelesaikan masalah tersebut.
 3.  Seorang yang rajin
  • Walaupun cacat Anuariz tidak pernah berputus asa dengan pergerakannya yang terbatas.Dia begitu rajin menyara keluarganya.Walaupun keadaan yang tidak baik Anuariza tetap ingin mengambil buah-buahan asam kelubi di hutan walaupun dihalang oleh oleh ibunya dan adiknya kerana baginya apabila buah tersebut dijual ia akan mendatangkan hasil yang boleh mengurangkan sedikit beban ibunya.

4.  Bijak menangani Masalah
  • Anuariza bijak menangani masalah yang dihadapi oleh Syed Fariz walaupun usianya masih muda namum ia tidak menghalang Anuariza menangani masalah tersebut. Baginya dengan kekerasan bukanlah jalan terbaik untuk hadapi Syed Fariz sebaliknya adalah dengan kasih sayang dan perhatian.


Syarifah Fariesya
  • Merupakan anak kepada Syed Mustafa dan kakak kepada Syed Fariz.
  • Belajar dalam tingkatan lina dan cucu kepada Nek Siah,Syarifah Fariesya telah kematian ibu dan telah berpindah ke kampung.
  • Seorang gadis yang cantik dan bijak.

Perwatakan
1.  Pentingkan diri sendiri
  • Sikap ini dapat dilihat ketika Syarifah Fariesya bertindak melarikan diri dari rumah kerana tidak mahu ayahnya Syed Mustafa berkahwin dengan ibu Anuzriza. Baginya perkahwinan tersebut akan mengahalang cintanya terhadap Anuariza. Syarifah Fariesya tidak mahu dia dan Anuariza menjadi adik-beradik.
  • Syarifah Fariesya juga mahu Anuariza yang menjemputnya di Kuala Lumpur walaupun menyatakan bahawa dia tidak mengetahui jalan ke Kuala Lumpur.
2.  Penyayang
  • Syarifah Fariesya sayangkan adiknya,Syed Fariz. Dia bertindak merahsiakan perbuatan adiknya daripada pengetahuan nenek dan ayahnya kerana dia tidak mahu adiknya kena marah dan dipukul oleh ayahnya.

Azuera
  • Anak kepada Solehah dan adik angkat Anuariza.
  • Telah lama kematian ayah dan belajar dalam tingkatan tiga.

Perwatakan
1.  Seorang yang penyayang
  • Dia begitu risai akan keselamatan abangnya ketika abangnya menyuarakan hasrat ingin mengambil buah asam kelubi di dalam hutan.Azuera tidak bersetuju dengan keinginan abangnya kerana baginya keselamatan abangnya terancam kerana keadaan hutan yang baru sahaja hujan. Keadaan paya yang bahaya kerana binatang buas yang berkeliaran mencari perlindungan selepas waktu hujan.

2.  Mementingkan ilmu dan pendidikan
  • Dia begitu rajin menelaah pelajaran. Baginya dia ingin menjadi sperti abangnya yang bijak dalam akademik dan juga tidak mengabaikan kokurikulum. Dia mahu seperti abangnya yang merupakan pelajar bijak dan pelajar contoh di sekolah serta dicalonkan sebagai tokoh pelajar.
  • Dia bergiat cergas dalam kokurikulum sekolah dan persatuan. Dia merupaka pemegang gelaran juara pemidato peringkat kebangsaan serta muncul juara dalam tilawah Al-Quran dan naib johan dalam syarahan.

3.  Bijak
  • Azuera seorang pelajar yang bijak. Dia pernah ditawarkan bersekolah di sekolah berasrama penuh. Namum,dia terpaksa menolak tawaran tersebut kerana ekonomi yang tidak mengizinkannya. Baginya bersekolah dimana-mana tetap sama yang penting adalah usaha untuk berjaya dalam pelajaran.

Rohaiza
  • Seorang yang menuntut pelajaran di tingkatan tiga serta merupakan rakan sekelas kepada Syed Fariz.
  • Rohaiza merupakan anak kepada Khusyairi iaitu sahabat Syed Mustafa yang bekerja sebagai penoreh getah.

Perwatakan
1.  Baik hati.
  • Rohaiza seorang remaja yang baik hati,ini dapat dilihat daripada peristiwa dia membantu Syed Fariz yang pengsan. Dia tetap ingin membantu Syed Fariz walaupun Syed Fariz tidak melayan dengan baik dan menganggapnya sebagai musuh.

2.  Pentingkan pelajaran.
  • Rohaiza begitu pentingkan pelajarannya. Dia tidak maju kecundang dalam peperiksaan yang bakal dihadapinya. Oleh itu,dia cuba untuk berkawan dengan Syed Fariz dengan tujuan agar dapat meminjam buku rujukan serta majalah yang diperlukannya daripada Syed Fariz. Namum,Syed Fariz tidak menyambut salam persahabatan daripadanya.

Syed Mustafa
  • Bapa kepada Syed Fariz dan Syarifah Fariesya dan anak kepada Nek Siah.
  • Syed Mustafa telah kematian isteri.

Perwatakan
1.  Penyayang
  • Syed Mustafa sangat sayangkan anak-anaknya. Dia bekerja siang dan malam adalah untuk kebaikan anak-anaknya. Dia tidak maju anak-anaknya berasa susah. Dia mahu kebajikan anaknya terjaga.
2.  Panas baran.
  • Sikap panas baran ini dapat dilihat ketika SYed Fariz membuat masalah.Syed Mustafa bertindak dengan memukul Syed Fariz. Namum,ibunya menghalang kerana baginya bertindak memukul bukannya dapat menyelesaikan masalah sedang perkara sudah berlaku sepatutnya Syed Mustafa duduk berbincang bagaimana hendak selesaikan masalah.
 3.  Cetek Pemikiran
  • Syed Mustafa memberikan segala kesenangan dan kekayaan kepada anak-anaknya.Namum,dia tidak tahu mengapa anaknya berkelakuan seperti itu. Dia rasa segala yang dia lakukan sudah cukup untuk anak-anaknya tetapi dia terlupa bahawa kasih sayang dan perhatian amat penting untuk anak-anaknya.
  • Syed Fariz bertindak sedemikian adalah ingin mendapatkan perhatian daripadanya kerana Syed Mustafa yang terlalu sibuk bekerja sehinggakan tidak mempunyai masa anak-anaknya.
4.  Seorang berpendidikan tinggi
  • Syed Mustafa mempunyai pendidikan yang tinggi hasil didikan daripada Nek Siah. Ini membuktikan dengan kerjayanya mempunyai sebuah perniagaan yang besar dan syarikat yang terkenal di Kuala Lumpur.

Solehah
  • Solehah adalah ibu angkat kepada Anuariza dan ibu kandung Azuera.
  • Solehah merupakan ibu tunggal yang telah lama kematiaan suami.Dialah yang menyara anak-anaknya dengan hasil jualan getah.

Perwatakan
1.  Mengenang budi
  • Solehah digambarkan seorang wanita yang mengenang budi. Solehah menganggap Nek Siah adalah keluarganya kerana Nek Siah yang terlalu banyak membantu Solehah sekeluarga sejak kematian suaminya.
  • Dia meminta anaknya Anuariza agar membantu Nek Siah dalam menangani masalah yang ditimbulkan oleh Syed Fariz kerana baginya adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk membantu keluarga Nek Siah kerana jasa dan bantuan yang telah dihulurkan oleh Nek Siah.

2.  Penyayang.
  • Solehah seorang ibu yang penyayang kepada anak-anakny.Dia membesarkan anak-anaknya seorang diri selepas kematian suaminya.Sayangnya terhadap anak-anaknya tidak pernah berbelah bagi walaupun Anuariza bukanlah anak kandungnya.Dia tidak pernah membezakan anak-anaknya antara satu dengan yang lain.
3.  Bertanggungjawab
  • Walaupun dalam keadaan serba kekurangan namum itu tidak menghalang Solehah menyekolahkan anak-anaknya.Baginya pendidikan adalah perkara yang sangat penting.Nek Siah dan suaminya turut serta membantu Anuariza dan Azuera agar dapat bersekolah seperti kanak-kanak yang lain.

Syed Fariz
  • Syed Fariz merupakan pelajar tingkatan 3 dan rakan sekelas Rohaiza.Syed Fariz digambarkan pelajar lelaki yang tampan.Syed Fariz merupakan anak kepada Syed Mustafa dan adik kepada Syarifah Fariesya.

Perwatakan
1.  Cetek pemikiran
  • Syed Fariz berasa tersisih dan kurang perhatian daripada ayahnya lalu berkelakuan buruk agar ayahnya memberikan perhatian kepadanya.Namum,semua itu hanyalah mengundang masalah kepadanya sehinggakan dia ditahan oleh polis kerana memperkosa Rohaiza.

2.  Berperangai buruk
  • Untuk menarik perhatian ayahnya,Syed Fariz bertindak dengan berkelakuan buruk di sekolah iaitu menubuhkan ahli kumpulan yang bergabung dengan Lily Surihani.Kumpulan ditubuhkan olehnya ini merupakan kumpulan yang ditakuti di sekolah. Mereka menjalankan peras ugut,hidu gam serta mencuri.Syed Fariz juga pernah ditahan oleh polis kerana disyaki merogol Rohaiza.

3.  Menginsafi diri
  • Pada permulaan cerita Syed Fariz digambarkan seorang remaja yang berkelakuan yang tidak baik. Namum,akhirnya Syed Fariz menginsafi segala perbuatan yang dilakukannya.

4.  Anak yang baik
  • Semasa ibunya masih hidup Syed Fariz pernah nampak ayahnya keluar dengan perempuan lain.Namum,dia dan kakaknya tidak memberitahu ibunya kerana keadaan ibunya yang pada masa itu yang tidak sihat. Dia tidak mahu kesihatan ibunya terjejas dengan khabar yang dibawanya.Syed Fariz dan Syarifah Fariesya bertindak mendiamkan diri.

Nek Siah 
Nek Siah merupakan ibu kepada Syed Mustafa dan nenek Syed Fariz dan Syarifah Fariesya.

Perwatakan
1.  Dermawan
  • Nek Siah seorang dermawan.Hal ini dapat dilihat ketika dia dan suaminya membantu keluarga Anuariza.DIa bertindak memberi pertolongan kepada Anuariza dan keluarga ketika mereka tidak mempunyai tempat tinggal.Dia membesarkan SOlehah membina rumah diatas tanahnya tanpa sebarang bayaran.
  • Disamping itu membantu Solehah menyekolahkan anak-anaknya kerana dia tahu Solehah tidak mampu untuk menyekolahkan anak-anaknya.

2.  Prihatin
  • Nek Siah sudah beberapa kali meninjau untuk memerhatikan keperluan cucu-cucunya mencukupi serta memastikan mereka betul-betul belajar.Nek Siah sentiasa memantau Anuariza dan cucunya yang lain,kerana baginya walaupun Anuariza seorang remaja yang mempunyai akhlak yang baik.Namum,dia perlu memantau setiap masa lebih-lebih lagi bila ia melibatkan pergaulan yang berlainan jantina.Dia tidak mahu pergaulan Syarifah Fariesya dan Anuariza memnjadi buah mulut orang kampung nanti.

Persoalan Jeriji Kasih

Terdapat banyak persoalan terdapat dalam novel "Jeriji Kasih" yang diketengahkan oleh pengarang melalui watak-watak dalam novel tersebut.

1.Kasih Sayang

  • Pengarang dalam novel ini mengungkapkan persoalan kasih sayang sesama manusia tanpa mengira darjat dan harta. Hal ini dapat dilihat melalui watak Solehah yang memberikan kasih sayang kepada kedua-dua anaknya secara adil. Solehah menyayangi anak angkatnya yang cacat anggota iaitu Anuariza seperti dia menyayangi anaknya sendiri iaitu Anuera. Solehah memberikan pendidikan yang sama rata kepada kedua-dua anaknya dengan berusaha keras untuk memastikan agar kedua-dua anaknya dapat meneruskan persekolahan.

  • Sifat penyayang juga tergambar melalui watak Nek Siah. Nek Siah menyayangi Solehah,Anuariza dan Anuera sepertimana dia menyayangi keluarganya. Hal ini terbukti melalu sikap Nek Siah yang lebih selesa membahasakan dirinya sebagai emak dengan Solehah yang telah menjadi anak angkatnya.

  • Nek Siah menyuruh anaknya Syed Mustafa dan Solehah berkahwin agar anak-anak Syed Mustafa dan Solehah dapat hidup dengan bahagia.

 2.Tidak Mudah Berputus Asa

  • Kesudahan kehidupan menjadi pendorong untuk Anuariza terus berusaha dan tidak mudah berputus asa. Anuariza sanggup melakukan pelbagai kerja seperti mengecat rumah Syed Mustafa,menjual burung dan asam kelubi kepada Ah Chong,menorah getah dan mengambil upah menurunkan buah kelapa di dusun Haji Su'ud semata-mata untuk menampung perbelanjaan sekolah dia dan adiknya. Berkat usaha yang berterusan tanpa mengenal erti putus asa,Anuariza akhirnya berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading.


  • Selain itu sikap tidak mudah berputus asa juga tergambar melalui watak Anuariza dalam usaha untuk membantu keluarga Syed Mustafa yang berpecah-belah.

3.Bergotong-royong

  • Aktiviti bergotong-royong dalam novel Jeriji Kasih dapat diperjatikan melalui watak Syed Mustafa yang menceritakan tentang penduduk kampung yang bergotong-royong dalam proses mendapatkan minyak ketiau yang mengeluarkan bau wangi yang boleh digunakan sebagai minyak masak,dicampur ke dalam nasi dan kuih bingka.

  • Selain itu,aktiviti bergotong-royong juga tergambar semasa berlakunya kenduri perkahwinan antara Syed Mustafa dan Solehah. Penduduk kampung datang memberikan bantuan seperti mencuci pinggan,mengemas rumah,mengangkut barang dan lain-lain. Aktiviti gotong-royong ini turut disertai oleh sebuah keluarga cina iaitu keluarga Ah Chong yang telah lama menetap di kampung tersebut.

4.Baik Hati

  • Nek Siah merupakan seorang yang baik hati kerana dia sanggup membantu orang yang dalam kesusahan. Nek Siah membenarkan Solehah sekeluarga mendirikan rumah di atas tanahnya  tanpa meminta sebarang bayaran apabila rumah Solehah musnah dihempap pokok durian.

  • Selai itu,Nek Siah juga sering memberi bantuan dari segi nasihat kepada Solehah sekeluarga,Nek Siah menasihati Anuariza agar tidak pergi mengambil asam kelubi yang terletak di kawasan paya kerana bimbang tentang keselamatan Anuariza.

  • Persoalan baik hati ini juga terdapat pada Solehah yang sanggup menawarkan diri untuk menjaga anak-anak Khusyairi dan Saliah semasa anak Khusyairi iaitu Ruhaiza dimasukkan ke hospital kerana disyaki diperkosa oleh Syed Fariz.

5.Mementingkan Pelajaran

  • Persoalan mementingkan pelajaran terdapat pada watak Tuk Syed dan Nek Siah. Semasa baru berpindah ke kampung bersama Solehah dan Azuera,Anuariza tidak dihantar ke sekolah oleh ibu angkatnya Solehah kerana kesempitan hidup. Namun setelah Tuk Syed dan Nek Siah menasihati Solehah agar menghantar Anuariza dan Azuera ke sekolah untuk menjamin masa hadapan kedua-dua anak Solehah barulah Solehah menghantar anak-anak bersekolah dengan bantuan Tuk Syed dan Nek Siah.

  • Manakala Solehah pula mengambil upah menorah getah untuk menanggung perbelanjaan hidup mereka tiga beranak dan pendidikan mereka.

6.Bertanggungjawab

  • Sikap bertanggungjawab terdapat pada watak cikgu Borhan,cikgu Syakinah,Solehah,Ruhaiza dan lain-lain. Sikap bertanggungjawab cikgu Borhan tergambar apabila cikgu Borhan menyuruh Azizul Hafiz mencari Syed Fariz di tandas kerana bimbang keselamatan Syed Fariz yang didapati tidak memasuki kelas.

  • Seterusnya,persoalan bertanggungjawab juga jelas tergambar melalui watak Ruhaiza yang menjadi Penolong Ketua Darjah dan Pembimbing Rakan Sebaya. Ruhaiza berusaha untuk membantu Syed Fariz yang sama kelas dengannya,dengan memberi nasihat kepada Syed Fariz supaya tidak terlalu rapat dengan Lily Suriani kerana Lily Suriani mempunyai disiplin yang teruk dan pernah mencuri.

7.Sikap Suka Berfoya-foya Masyarakat Bandar

  • Persoalan ini terdapat pada watak Syed Mustafa. Setelah bekerja dan hidup sebagai orang kaya di bandar,sikap Syed Mustafa semakin berubah dia sering berfoya-foya dengan gadis muda sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga.

  • Sebagai contohnya,Syed Mustafa juga sanggup meminta izin daripada isterinya Jumaimah semata-mata untuk melamar seorang gadis muda yang bernama Norseha sewaktu isterinya sedang sakit tenat. Sikap ini akhir menyebabkan anak-anak Syed Mustafa mendendaminya dan memberontak sehingga sanggup melakukan perkara-perkara teruk seperti merokok,membuli,menghisap gam dan lain-lain.

8.Sikap Panas Baran

  • Persoalan ini terdapat pada watak Khusyairi dan Syed Mustafa. Setelah membawa anaknya sendiri iaitu Syed Fariz pulang dari balai polis,Syed Mustafa menampar pipi anaknya sehingga lebam dan berdarah. Kemarahan yang tidak terkawal ini telah menyebabkan Syed Mustafa mahu membaling kerusi ke arah anaknya,namum sempat dihalang oleh oleh Nek Siah.
  • Sikap panas baran pada watak Khusyairi apabila dia menghentakkan penumbuk di atas pembahagi kerusi yang didudukinya semasa berada di rumah Nek Siah untuk menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap perbuatan cucu Nek Siah iaitu Syed Fariz sehingga menyebabkan Ruhaiza di masukkan ke hospital kerana disyaki diperkosa oleh Syed Fariz.

9.Masyarakat Materialistik
  • Syed Mustafa merupakan seorang yang bersikap materialistik,dia jarang meluangkan masa bersama anak-anaknya di kampung dan menyerahkan semua tugas untuk menjaga kedua-dua anaknya kepada Nek Siah kerana mencari harta kekayaan.

  • Selain itu,emak dan ayah sebenar Anuariza juga merupakan seorang yang materialistik kerana sanggup meninggalkan Anuariza yang berusia enam tahun semata-mata untuk mencari kekayaan.

10.Cetek Pemikiran
  • Syed Fariz merupakan seorang yang cetek pemikiran,dia sanggup memberontak dengan melakukan banyak gejala sosial sperti langgar peraturan sekolah dan lain-lain semata-mata untuk mendapatkan perhatian daripada bapanya yang telah mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

  • Syarifah Farisya tanpa berfikir panjang melarikan diri dari rumah kerana dia tidak setuju dengan perkahwinan antara ayahnya dengan Solehah.Baginya,perkahwinan tersebut akan menyebabkan hubungan dia dan Anuariza tidak akan menjadi seperti yang diingin kerana dia mencintai Anuariza,dia tidak mengetahui bahawa Anuariza sebenarnya anak angkat Solehah.

11.Kebencian Yang Tidak Kena Pada Tempatnya.
  • Azrul Iskandar benci terhadap Anuariza apabila dia mendengar ayahnya memuji sikap Anuariza yang taat kepada ibu berbanding sikapnya yang tidak mahu menurut kata ayah dan ibu yang menyuruh dia belajar melukis dan mendalam Bahasa Inggeris.

  • Selain itu,Syed Fariz juga turut membenci Anuariza apabila dia mendengar ramai orang yang memuji sikap Anuariza yang baik dan cemerlang dalam akademik.

Tema

Novel "Jeriji Kasih" karya Ramlah Abdul Rashid mengungkapkan tema kegigihan dalam melakukan sesuatu perkara. Kegigihan dalam melakukan sesuatu perkara dapat dilihat melalui watak utama yang terdapat dalam novel tersebut iaitu Anuariza.

    Anuariza merupakan seorang remaja lelaki yang tergolong dalam kalangan insan istimewa dan merupakan anak angkat kepada Solehah dan arwah Tamrin amat gigih dalam berusaha menjalani kehidupan penuh cabaran dan serba kekurangan. Anuariza sanggup melakukan pelbagai kerja mata-mata untuk meringankan beban ibunya menampung perbelanjaan sekolah dia dan adiknya iaitu Azuera, Anuariza melakukan kerja seperti mengutip buah asam kelubi, menjerat burung untuk dijual, mengambil upah mengecat rumah dan lain-lain.

    Selain itu, pengarang juga menggambarkan kegigihan watak Anuariza melalui sikapnya yang sanggup berusaha keras dalam menangani masalah Syed Mustafa dan anak-anak Syed Mustafa yang ketandusan kasih sayang.

Jumaat, 7 Oktober 2011

Sinopsis Novel Jeriji Kasih

SINOPSIS

Novel Jeriji Kasih karya Ramlah Abd. Rashid mengisahkan tentang perjalanan hidup dan kecekalan anak muda yang bernama Anuariza dalam meniti kehidupan untuk mencapai cita-citanya. Anuariza merupakan anak angkat kepada Solehah dan Tamrin dan abang angkat kepada Azuera. Demi membantu keluarganya,Anuariza lebih suka menghabiskan masa dengan mengutip buah kelubi dan melakukan kerja-kerja lain untuk mencari rezeki bagi menampung mereka sekeluarga.

Syed Mustafa iaitu anak kepada Nek Siah telah meminta Anuariza menjadi guru tuisyen kepada anaknya Syed Fariz yang semakin berubah sikap sejak kematian ibunya. Tanggungjawab ini digalas Anuariza setelah dipujuk oleh Nek Siah serta boleh dijadikan pendapatan dan menampung perbelanjaan sekolah adiknya. Sikap Syed Fariz yang semakin menjadi apabila dia mula menubuhkan kumpulan di sekolah dan mengamalkan kegiatan memeras ugut. Campur tangan Syarifah Farisya dalam usaha untuk mengelakkannya daripada melakukan kegiatan tersebut telah menyebabkan berdendam kepada Ruhaiza iaitu rakan sekelasnya. Hal ini menimbulkan pertengkaran antara Ruhaiza,Syed Fariz dan Lily Suriani sehingga sampai pengetahuan guru disiplin. Keadaan ini menjadikan Ruhaiza tertekan tapi dapat dipulihkan oleh guru Kaunselor.

Walau bagaimanapun sikap Syed Fariz belum berubah malah semakin menjadi teruk apabila mereka mula menghidu gam di sebuah pondok durian nenek Lily Suriani di Tanjung. Tingkahlaku Syed Fariz mula disuarakan oleh Anuariza kepada Syed Mustafa agar beliau memberi perhatian kepada anaknya. Namun sebaliknya Syed Mustafa memutuskan untuk membiarkan sahaja tingkahlaku anaknya itu selagi tidak membunuh atau merosakkan anak gadis orang. Hal ini menyebabkan Anuariza mula menceritakan kisah suka duka mereka dalam menjalani kehidupan setelah kematian ayah angkatnya namun sedikit pun tidak memberi kesan yang dalam kepada Syed Mustafa untuk memberi perhatian dan kasih sayang terhadap anak-anaknya yang telah lama diabaikan kerana sibuk bekerja.

Tingkahlaku buruk Syed Fariz akhirnya sampai ke pengetahuan Nek Siah apabila dia dipanggil ke sekolah untuk berjumpa dengan Cikgu Suhaimi iaitu guru disiplin dan Cikgu Borhan iaitu guru kelas Syed Fariz. Kedua-dua guru tersebut memaklumkan kepada Nek Siah bahawa Syed Fariz sudah 30 hari tidak hadir ke sekolah dalam masa 3 bulan persekolahan. Di samping itu,dia juga kerap ponteng kelas. Namun,belum pun masalah ini selesai satu lagi masalah menimpa apabila Syed Fariz ditangkap kerana disyaki merogol Ruhaiza. Maklumat ini menyebabkan Nek Siah bertambah pening tetapi ditenang oleh Solehah. Perkara ini hampir mengugat hubungan baik antara Kusyairi dan keluarga Nek Siah kerana tindakan Syed Fariz menyebabkan Kusyairi ayah kepada Ruhaiza marah kepada Syed Fariz.

Perkara ini telah sampai ke pengetahuan Syed Mustafa dan mengikat jamin anaknya. Setelah sampai ke rumah Syed Mustafa terus menghamburkan kemarahan terhadap tindakan anaknya itu dengan memukul sehingga menyebabkan dahi Syed Fariz tercedera. Walau bagaimanapun,keadaan semakin terkawal setelah Solehah dan Anuariza berkunjung ke rumah Nek Siah serta meleraikan pergaduhan tersebut. Di samping itu,Anuariza telah memberi kesedaran kepada Syed Fariz bahawa tindakannya itu salah untuk mendapat perhatian dan kasih sayang ibu bapa. Anuariza mnceritakan mengenai kehidupan dan penderitaan yang mereka alami berjaya memberikan kesedaran kepada Syed Fariz. Syed Mustafa menyatakan hasratnya untuk mengambil Ruhaiza sebagai anak angkat malah dia sanggup untuk bertanggungjawab atas perbuatan anaknya.

Selepas masalah Syed Fariz telah selesai, Syarifah Farisya pula membuat onar apabila dia bertindak melarikan diri ke Kuala Lumpur disebabkan dia tidak bersetuju dengan perkahwinan ayahnya dan Solehah iaitu ibu kepada Anuariza. Keadaan ini berlaku kerana Farisya menyimpan perasaan dengan Anuariza dan telah menyelitkan sepucuk surat ke dalam buku untuk dipulangkan kepada Anuariza. Farisya mahu Anuariza mengikutnya supaya menghalang perkahwinan tersebut. Walau bagaimanapun,Farisya berjaya di temui di rumah Hj. Lokman dan kembali ke pangkuan keluarganya. Farisya telah menerima perkahwinan ayahnya dengan Solehah setelah dia di nasihati oleh Anuariza. Sementara itu,berkat ketabahan dan kesabaran,Anuariza mendapat keputusa yang cemerlang dalam peperiksaan STPM dan juga mendapat tawaran ke Universiti Kebangsaan Malaysia. Di samping itu, Syed Mustafa telah membantu Anuariza untuk mengusahakan kebunnya yang digelar "Taman Fantasi".