Jumaat, 7 Oktober 2011

Sinopsis Novel Jeriji Kasih

SINOPSIS

Novel Jeriji Kasih karya Ramlah Abd. Rashid mengisahkan tentang perjalanan hidup dan kecekalan anak muda yang bernama Anuariza dalam meniti kehidupan untuk mencapai cita-citanya. Anuariza merupakan anak angkat kepada Solehah dan Tamrin dan abang angkat kepada Azuera. Demi membantu keluarganya,Anuariza lebih suka menghabiskan masa dengan mengutip buah kelubi dan melakukan kerja-kerja lain untuk mencari rezeki bagi menampung mereka sekeluarga.

Syed Mustafa iaitu anak kepada Nek Siah telah meminta Anuariza menjadi guru tuisyen kepada anaknya Syed Fariz yang semakin berubah sikap sejak kematian ibunya. Tanggungjawab ini digalas Anuariza setelah dipujuk oleh Nek Siah serta boleh dijadikan pendapatan dan menampung perbelanjaan sekolah adiknya. Sikap Syed Fariz yang semakin menjadi apabila dia mula menubuhkan kumpulan di sekolah dan mengamalkan kegiatan memeras ugut. Campur tangan Syarifah Farisya dalam usaha untuk mengelakkannya daripada melakukan kegiatan tersebut telah menyebabkan berdendam kepada Ruhaiza iaitu rakan sekelasnya. Hal ini menimbulkan pertengkaran antara Ruhaiza,Syed Fariz dan Lily Suriani sehingga sampai pengetahuan guru disiplin. Keadaan ini menjadikan Ruhaiza tertekan tapi dapat dipulihkan oleh guru Kaunselor.

Walau bagaimanapun sikap Syed Fariz belum berubah malah semakin menjadi teruk apabila mereka mula menghidu gam di sebuah pondok durian nenek Lily Suriani di Tanjung. Tingkahlaku Syed Fariz mula disuarakan oleh Anuariza kepada Syed Mustafa agar beliau memberi perhatian kepada anaknya. Namun sebaliknya Syed Mustafa memutuskan untuk membiarkan sahaja tingkahlaku anaknya itu selagi tidak membunuh atau merosakkan anak gadis orang. Hal ini menyebabkan Anuariza mula menceritakan kisah suka duka mereka dalam menjalani kehidupan setelah kematian ayah angkatnya namun sedikit pun tidak memberi kesan yang dalam kepada Syed Mustafa untuk memberi perhatian dan kasih sayang terhadap anak-anaknya yang telah lama diabaikan kerana sibuk bekerja.

Tingkahlaku buruk Syed Fariz akhirnya sampai ke pengetahuan Nek Siah apabila dia dipanggil ke sekolah untuk berjumpa dengan Cikgu Suhaimi iaitu guru disiplin dan Cikgu Borhan iaitu guru kelas Syed Fariz. Kedua-dua guru tersebut memaklumkan kepada Nek Siah bahawa Syed Fariz sudah 30 hari tidak hadir ke sekolah dalam masa 3 bulan persekolahan. Di samping itu,dia juga kerap ponteng kelas. Namun,belum pun masalah ini selesai satu lagi masalah menimpa apabila Syed Fariz ditangkap kerana disyaki merogol Ruhaiza. Maklumat ini menyebabkan Nek Siah bertambah pening tetapi ditenang oleh Solehah. Perkara ini hampir mengugat hubungan baik antara Kusyairi dan keluarga Nek Siah kerana tindakan Syed Fariz menyebabkan Kusyairi ayah kepada Ruhaiza marah kepada Syed Fariz.

Perkara ini telah sampai ke pengetahuan Syed Mustafa dan mengikat jamin anaknya. Setelah sampai ke rumah Syed Mustafa terus menghamburkan kemarahan terhadap tindakan anaknya itu dengan memukul sehingga menyebabkan dahi Syed Fariz tercedera. Walau bagaimanapun,keadaan semakin terkawal setelah Solehah dan Anuariza berkunjung ke rumah Nek Siah serta meleraikan pergaduhan tersebut. Di samping itu,Anuariza telah memberi kesedaran kepada Syed Fariz bahawa tindakannya itu salah untuk mendapat perhatian dan kasih sayang ibu bapa. Anuariza mnceritakan mengenai kehidupan dan penderitaan yang mereka alami berjaya memberikan kesedaran kepada Syed Fariz. Syed Mustafa menyatakan hasratnya untuk mengambil Ruhaiza sebagai anak angkat malah dia sanggup untuk bertanggungjawab atas perbuatan anaknya.

Selepas masalah Syed Fariz telah selesai, Syarifah Farisya pula membuat onar apabila dia bertindak melarikan diri ke Kuala Lumpur disebabkan dia tidak bersetuju dengan perkahwinan ayahnya dan Solehah iaitu ibu kepada Anuariza. Keadaan ini berlaku kerana Farisya menyimpan perasaan dengan Anuariza dan telah menyelitkan sepucuk surat ke dalam buku untuk dipulangkan kepada Anuariza. Farisya mahu Anuariza mengikutnya supaya menghalang perkahwinan tersebut. Walau bagaimanapun,Farisya berjaya di temui di rumah Hj. Lokman dan kembali ke pangkuan keluarganya. Farisya telah menerima perkahwinan ayahnya dengan Solehah setelah dia di nasihati oleh Anuariza. Sementara itu,berkat ketabahan dan kesabaran,Anuariza mendapat keputusa yang cemerlang dalam peperiksaan STPM dan juga mendapat tawaran ke Universiti Kebangsaan Malaysia. Di samping itu, Syed Mustafa telah membantu Anuariza untuk mengusahakan kebunnya yang digelar "Taman Fantasi".

5 ulasan:

Unknown berkata...

sinopsis yang ringkas dan padat.

Unknown berkata...

baguz...

Unknown berkata...

Tlg ringkaskn lg boleh tak?

Unknown berkata...

Berguna kepada saya yg akan menghadapi exam sastera SPM 2015

Man berkata...

Rindu novel ni :( .biar masa berputar
#sastera2012

Catat Ulasan